Rabu, 19 September 2012

PEMBURU DAN PENGGODA CINTA

SIAPA PEMBURU DAN SIAPA PENGGODA CINTA???

Kadang kala hati tertanya-tanya juga ,kenapa selepas kawin (yang usianya bertahun-tahun tidak sehangat dulu ,,dulu berpisah terasa rindu ,,tetapi kini lain sekali.walau masih ada rasa rindu,tetapi tidak lagi sehangat dulu...RINDU ITUKAH BUAH CINTA??jika tidak ada buah cinta ,,cinta yang tidak berbuah,,tentulah CINTA YANG LAYU..

Apabila berjauhan ,,ada juga berkirim SMS tetapi tidaklah sekerap dulu,,sekadar bertanya "apa khabar disana?Anak-anak sihat? atau sekadar mintak doanya,,itu sahaja..tiada lagi kalimah cinta berbunga,,atau pujuk rayu yang sayu -sayu,,ahhh biasa biasa sahaja..
    Betulkah selagi CINTA itu diburu ,,ia akan Indah??? tapi apabila ia telah dimiliki,,keindahan itu akan pudar sikit demi sedikit..Kata orang tua-tua dulu ,,,apabila jauh (masih belum dimiliki) berbau bunga,,apabila dekat (sudah hari-hari disisi) keharumannya tiada lagi,,,ahhhhh begitu adat dunia.
     Kata sesetangah lelaki (entaha diri spesies mana)WANITA kelihatan cantik selagi tidak menjadi ISTERI kita..Setelah menjadi isteri,,kecantikannya akan hilang ,,jika semua berpandangan begitu ,,rosaklah dunia..Ini semua gara - gara nafsu yang tidak puas dgn apa yang ada..Kehendaknya terbatas,,Kerenanya tidak kenal erti puas.Melayani nafsu bagai meminum air laut,,semakin diminum semakin haus..
    Kata orang sebab itu lelaki berpoligami,,dia ydak cukup dengan 1..hijah itu salah sma sekali..jika lelaki itu rakus nafsu,buka setakat 2,3,4,5,6 sekalipun dia tiadak pernah puas.lihat sahaja TIGER WOODS yang mangaku berselingkuh dengan 120 wanita!!!Poligami bukan untuk melayani nafsu lelaki,,tetapi adan nilai murni dan hikmahnya...

DULU LAIN SEKARANG LAIN

    Kita tinggalkan lelaki yang bersifat (JANTAN) ini.. mari kita cerita mengenai Wanita pula,,Wanita yang telah menjadi isteri pun ada salahnya juga,,Selepas bergelar isteri semuanya menjadi terlalu 'MURAH',,TIDAK lagi semahal dahulu,,MALUNYA pun sudah kurang,,TIDAK pandai JUAL MAHAL untuk mendapatkan perhatian si suami..
    Jika dulu selalu berhais,bersolak,wangi sebelum bertemu suami,,setelah berkahwin lain pula ceritanya,,bau badan tidak terjaga dan asyik "mendedahkan aurat"(maksudnya berpakaian tidak sempurna)tanpa mengira masa dan tempat..Apabila setaip masa terdedah di mana indahnya??Inagat selalu,,seni memikat suami..Apa salahnya  menggoda suami sendiri??
    Kalau dulu suapan makanan pun dijaga ,,dibuat penuh tertib dan kecil-kecil..mengunyah makanan pun tidak langsung kedengaran bunyinya,,sungguh sopan,,persis gadis pingitan ..Maaf ,,lepas beberapa bulan berkahwin,,kesopanan ,dan,ketertiban itu semakin berkurang,,cara duduk tidsak dijaga rapi lagi,,menguap tanpa menutup mulut,,suaranya,,tidak semerdu,ketawa,hahahaha berdekah-dekah ...mana hilang sifat malunya??
     Jangan terkejut jika kita "menjual" telalu murah ,orang akan meragui kualitinya,,suami akan berhenti "memburu" anda jika terlalu jinak dan murah.ini bukan bermaksud untuk mendorong anda menjadi terlalu liar atau jual terlalu mahal... tetapi belajarlah malu-malu seperti mula-mula berkahwin dulu..Insyaallah ..suami anda akan menjadi pemburu yang merancang seribu satu taktik dan strategi untuk memikit dan mendapatkan kasih sayang anda,,biar dia menjadi pemburu cintamu...
   
IBARAT PERMATA

    Jika isteri berjaya mengekalkan rasa malu,,dia akan dapat mengekalkan sifat kelakuan dan personaliti yang menarik perhatian suami,,,dan akan dirindui bila jauh,akan disayangi bila dekat..Dia dilihat cantik sebelum bergelar isteri dan akan lebih cantik selepas itu..Sesungguhnya,,MALU itu satu perhiasan dalaman sama seperti permata yang menjadi hiasan luaran.
   Ya,,seperti PERMATA,,,Ia selalu disimpan di dalam bekas yang cantik..Diletakkan di dalam almari yang berkunci rapi..Hanya sesekali dibuka untuk ditunjukkan pada orang tertentu sahaja..Permata tidak akan dipamerkan merata-rata dan dibiarkan terdedah sentiasa,,Jika dia selalu terdedah itu bukan PERMATA tatapi KACA,,Maka begitu juga Malu,,ia akan mendorng si isteri mengekalkan keanggunan,perhiasan diri,dan kejelitaannya.
    Berlajarlah daripada bulan mengambang ..bulan hanya mengambang sekali-sekala ..bulan tidak mengambang setiap malam,,kerana dengan mengambang sekali-sekala itulah pungguk jadi perindu,,manusia tertunggu-tunggu,,bagitulah isteri yang masih malu,,suami akan menjdi perindu..
   Bagaimana pula gaya seorang perindu??AHHH Memburu cinta perlu bergaya,, jika yang diburu itu indah ..yang memburu itu pun memperindahkan dirinya,,Kita tidak akan menyentuh Permata dengan tangan yang kotor,,yang indah perlu disentuh dengan yang indah juga,,yang harum akan ditatang dengan yang harum juga..
    Jadi bagaimana ???? Ya,,bukan untuk para isteri sahaja,,untuk sumai juga perlu ada malunya,,Jika anda inginkan isteri anda berhias ..anda bagaimana?tegakah kita asyik berkain pelekat ,berbaju T dengan perut boroi rambut kusut tak bersikat tetapi mengharap isteri tampil sebagai ratu untuk melayan kita??MAAF,,,Kalau itulah 'Umpanya'' Anda dapat 'ikan ' Yanag begitu juga..

 PANTULAN & TARIKAN

Ingat selalu hukum pantulan,,apa ynag kita berikan akan kita terima semula sebagai balasan,,jika buruk yang kita tampilkan maka buruk yang akan datang.sebagai balasan..Begiti juga dangan hukum tarikan ..yang baik akan menarik yang baik,,yang cantik akan menarik yang cantik..
   Suami inginkan isteri berubah,,tetapi kenapa anda masih berada ditakuk lama??Ingat..PERUBAHAN andalah akan mengubah orang lain..Ubahlah penampilan diri,Kalau isteri anda jadi pengoda,,anda harus jadi pemikat,,Bagaimana ya?? jika kita sudah ada kemahuan ,,kemahuan akan menyebabkan anda memperoleh pelbagai cara,,kata orang,dunia akan menyediakan jalan pada orang yang mempunyai tujuan..
    Jadi ,,bertanyalah dengan diri..mana minyak wangi yang menjadi daya pemikat isteri waktu bertemu dulu..mana kata-kata manis yang menjadi  madah cinta waktu bercanda dulu,? mana wajah prihatin ,,muka simpati dan empati serta senyuman yang ikhlas mula-mula bersama dulu?? Carilah,,kita tidak terlalu tua untuk itu,,Apakah ada had usia untuk melakukan suatu kebaukan??
    Usahakan semula segalanya dengan membina semula rasa malu,,dan ingat bahawa rasa malu itu ada kaitan dengan iman,,Iman dan malu lazim-melazimi,,jika terangkat iman ,terangkat juga rasa malu..Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud ," Apabila kau hilang rasa malu,,lakukan lah segalanya,,(riwayang Abu Daud ..maksudnya ,,apabila hilang rasa malu dalam diri kamu,,kita tidak akan raa segan silu untuk melakukan perkara-perkara yang haram..
    Antara ciri-ciri isteri yang soleha ialah isteri yang mengekalkan rasa malunya terhadap suami sehingga hidung suami tidak menghidu sesuatu yang busuk dn mata suami tidak akan terpandang sesuatu yang buruk padanya..
   Ya,,diantara perbezaan insan dengan haiwan -selain insan punya fikiran  adalah rasa malu,Malu itu sesuatu yang sangat berharga ,,ia adalah perhiasan didepan orang ynag kita sayangi,bahkan dalam islam,,malu dan iman sering disinonimkan,,Ertinya untuk mencari semula rasa malu yang dulu,,samalah seperti menyusur semula jalan iman,,jika kita temui iman,,maka secara automatik akan ada rasa malu.
    Rasullulah s.a.w sendiri menghargai sifat malu ,,sehinggakn baginda akan berhias dan bersedia lebih daripada kebiasaannya apabila Sayidina Uthman datang menemuinya,,kenapa?ini kerana sayidina Uthman adalah sahabat yang begitu  terkenal dengan sopan santun dan malunya,,begitu Rasulullah s.a.w  dengan sahabat2nya apatah lagi dengan isteri-isterinya..inilah malu bertempat dan tepat pada masanya..

justeru,,SUBURKAN RASA CINTA DALAM RUMAH TANGGA DENGAN MENANAM BIBIT -BIBIT MALU,,TANPA JEMU.. AMIN..